💬Aide7Technology
⭐ AIDE 7 oleh Aide7Technology

AI agent akaun yang team anda boleh chat

Tanya macam anda tanya staf: “Pelanggan XYZ hutang berapa?” AIDE 7 ambil jawapan terus dari data akaun dan bisnes anda sendiri, dan balas dalam beberapa saat. Tak payah lagi orang korek software satu-satu.

Pilot terhad kepada beberapa bisnes sahaja.

AIDE 7
Pelanggan XYZ hutang berapa?
Tengah check sistem akaun... ada 3 invoice belum dibayar. Nak saya senaraikan? ✅

Contoh chat

Servis utama

Tanya terus, jawapan dari data anda

AIDE 7 ialah AI agent yang team anda chat dalam aplikasi yang dah biasa guna. Pilot kami guna Telegram, dan WhatsApp pun boleh disediakan.

Apa AIDE 7 boleh jawab

Stok

Check stok item dan tandakan untuk order semula.

Jualan

Semak jualan dan hantar laporan jualan bila anda minta.

Invoice dan bayaran

Cari invoice, status bayaran dan siapa yang masih berhutang.

Laporan dan soalan admin

Jawab soalan admin harian tanpa buka software satu-satu.

Sesuai dengan sistem yang anda dah guna

Anda tak perlu tukar sistem. Kami check setup anda dulu untuk pastikan ia boleh disambung.

Aplikasi cloud

  • Xero
  • QuickBooks Online
  • Google Sheets

Software akaun pejabat

  • AutoCount
  • SQL Accounting
  • Million

Fail Excel

  • Excel

Macam mana ia berfungsi

  1. 1

    Kami tengok data anda

    Kita berbual (discovery call percuma) dan kami semak di mana data bisnes anda disimpan.

  2. 2

    Kami sambungkan, baca sahaja

    AIDE 7 disambung dengan akses baca sahaja. Ia tak ubah apa-apa dalam sistem anda.

  3. 3

    Team anda tanya dalam chat

    Itu sahaja. Tanya soalan, dapat jawapan.

ContohContoh chat: Syarikat ABC Trading
AIDE 7 · Syarikat ABC Trading
Pelanggan XYZ hutang berapa?
Pelanggan XYZ ada 3 invoice belum dibayar, jumlah RM4,250. Yang paling lama bertarikh 12 Okt.
Stok item A102 tinggal berapa?
Tinggal 42 unit. Nak saya tandakan untuk order semula? ✅
Jualan bulan ni setakat ni berapa?
RM38,900 dari 61 invoice, setakat hari ini.

Ini contoh untuk tunjuk rupa jawapan. Syarikat dan semua angka direka, bukan data bisnes sebenar.

Tambahan (add-on)Restoran dan kafe

Pembantu Belian AI

Untuk restoran dan kafe yang nak jejak kos bahan. Hantar gambar invoice pembekal di WhatsApp, dan AIDE 7 jaga selebihnya.

Baca invoice pembekal

Hantar gambar atau PDF di WhatsApp. AIDE 7 baca item, harga, pembekal dan tarikh.

Amaran harga naik

Ia jejak harga setiap pembekal dan beritahu bila ada yang naik.

Laporan beli mingguan

Setiap minggu, laporan dalam BM di WhatsApp: beli di mana, berapa nak order dan pembekal termurah.

⚠️ Contoh amaran: “Minyak masak dari Pembekal A naik 12% dalam 2 bulan.”

Contoh sahaja, angka rekaan
AIDE 7 · Laporan mingguan
Ada apa-apa saya patut tahu minggu ni?
Laporan Pembelian Mingguan ⚠️ Minyak masak 5kg: Pembekal A naik 12% dalam 2 bulan. 🛒 Beli di mana: • Minyak masak 5kg: Pembekal B paling murah (RM38 berbanding RM42 di Pembekal A) • Telur gred B: kekal dengan Pembekal A (RM12.50 sepapan) 📦 Cadangan order minggu depan: • Minyak masak: 6 tin • Telur: 20 papan Nak saya sediakan senarai order untuk Pembekal B?

Ini contoh untuk tunjuk rupa laporan. Semua nama dan angka direka, bukan data bisnes sebenar.

Data anda kekal milik anda

Akses baca sahaja

AIDE 7 hanya baca data anda. Ia tak boleh ubah atau padam apa-apa dalam sistem anda.

Data kekal milik anda

Data setiap bisnes disimpan berasingan dan tak dikongsi dengan bisnes lain.

Ikut PDPA, terus terang

Kami beritahu anda AI provider dan region mana yang memproses pertanyaan anda.

Cuba percuma 1 bulan

Kami buka pilot untuk beberapa bisnes sahaja supaya kami boleh bantu setiap seorang dengan teliti. Bermula dengan discovery call percuma, kami semak setup anda, dan team anda cuba AIDE 7 selama sebulan. Mesej kami di WhatsApp untuk mula.

Soalan lazim

Kami dah sasarkan aplikasi cloud (Xero, QuickBooks Online, Google Sheets), software akaun pejabat (AutoCount, SQL Accounting, Million) dan fail Excel. Setiap bisnes lain, jadi kami check setup anda dulu sebelum sahkan ia boleh disambung.

Tak perlu. AIDE 7 disambung dengan sistem yang anda dah guna, dan team anda cuma tambah satu chat.

AIDE 7 ada akses baca sahaja, jadi ia tak ubah data anda. Data setiap bisnes disimpan berasingan, dan kami beritahu AI provider dan region yang memproses pertanyaan anda.

Discovery call percuma, kami semak dan sambungkan setup anda, dan anda guna AIDE 7 selama 1 bulan. Pilot terhad kepada beberapa bisnes. Selepas itu kami bincang harga ikut saiz bisnes.

Bergantung pada sistem anda. Lepas discovery call, kami beritahu anggaran masa yang sebenar.

Boleh. Ia add-on berasingan: hantar gambar invoice pembekal di WhatsApp, dan ia jejak harga, beri amaran bila naik dan hantar laporan beli mingguan dalam BM. Invoice kertas pun boleh.

Nak cuba?

Hantar mesej, dan kami uruskan dari situ.